WANITA vs RAHIM

#AHI
#Mama3hero
#Mykhalish
#Koffeebuku
#Lexeebrand


Malam lewat begini. Anak-anak sudah beradu 😴😴. Yang masih berjaga ibu mereka. Mungkin kerana kekasih hati tiada di sisi. 😭 Si suami melunaskan tangungjawab sebagai seorang anak kepada sang ummi. Pergi menziarahi umminya, πŸš— tanpa kami menemani. Dek kerana kesihatan saya yang masih tidak mengizinkan.


Sengaja mengambil peluang, mengintai-ngintai newsfeed di facebook. πŸ“’ Terbaca seorang ahli Group NR mengomel tentang kebiadapan seorang doktor lelaki muda. Sengaja mahu menimbulkan kontroversi mungkin. πŸ˜’


Doktor muda ini dengan lantangnya mengatakan hal berpantang itu semua tak betul. 😳 Malah mengisytiharkan perang terhadap pantang larang Melayu yang beliau klasifikasikan sebagai MITOS. πŸ˜ͺ


Serta merta, darah bidan yang mengalir dalam tubuh terasa menggelegak 😀. Walaupun dalam keadaan marah 😑, jari ni gatal juga mahu membuka komen-komen pada link tersebut.


Ibarat mencurahkan minyak pada api yang marak menyala. Perasaan marah, tidak puas hati semakin meluap-luap ⚡⚡. Yang jantinanya perempuan pun ramai menyokong kenyataan si doktor. πŸ˜”


Sedih, sepatutnya sebagai si pemilik rahim. Kamu lebih mengetahui cara penjagaan rahim berbanding lelaki. Tetapi, sebaliknya. Kamu pun tidak suka amalan berpantang. 😿


Wahai wanita, rahim kamu itu hanya satu. Tiada dua, mahupun tiga. Jika dibuang, tiada ganti. Bila rosak, terpaksa dibuang. Hati remuk sekalipun, tidak akan wujud istilah penderma organ rahim πŸ’”.


πŸ’ƒπŸ» Apalah erti seorang wanita, jika tubuh hanya sarang menyimpan sebuah rahim yang tenat. Apalah erti seorang wanita, jika rahim terpaksa dibuang kerana sudah terlalu tenat. 😣 


Berpantang itu amalan nenek moyang kita, setelah melalui proses try and error.  Janganlah berbangga pada yang mengatakan berpantang itu tiada 'medical proven'. πŸ’«


Segala ajaran Nabi SAW pun baru sekarang ada bukti saintifik yang menyokong. ✔ Sedangkan Nabi wafat sudah seribu tahun lebih. 😒


Apatah lagi, ilmu perbidanan melayu yang jauh lebih muda πŸ‘ΆπŸΌ berbanding 1001 ajaran yang Rasulullah bawa kepada umatnya. πŸ’†πŸ»


Jangan nanti bila 1001 sakit wanita dikandung badan baru mahu menyesal. πŸ’£

Powered by Blogger.

Total Pageviews

Follow by Email