TIPS MENGEMAS DENGAN ANAK KECIL

Sambil tunggu Abang Nabil balik sekolah...KakNor mengemas rumah a.k.a susun atur perabut rumah 
😊😊😊

Salah satu terapi minda...terapi surirumah..terapi untuk WaHM ...terapi isteri2...susun atur perabut rumah...yer tak????? Errrkkkk...tuntuk saya yang jadi surirumah dan bekerja dari rumah ini...ia memang ada kesan kalau tention..samada TIDUR atau SUSUN ATUR PERABUT

Selalu berangan nak rumah yang cantik-cantik....rumah nak kemas selalu....ala-ala rumah moden dan simple jer....


Biasanya KakNor akan di temankan dengan anak bongsu sebab dia tak sihat dan tak pergi sekolah...

Si cilik nih x sihat tapi masih nak tulun Mama kemas...x pe bagi dia peluh2 biar kuar semua panas dalam badan...

Si Manja dan permainan ibarat wanita dan beg tangan. Ia memang tidak boleh dipisahkan

.

Kaknor nak share tip mengemas bersama anak-anak...tips ini juga KakNor ada ambil di blog sesorang...tapi sudah lupa.

Bermain adalah elemen yang sangat penting untuk perkembangan anak-anak. Semakin banyak mereka bermain semakin banyak mereka belajar.


Keadaan rumah yang bersepah boleh menimbulkan tekanan bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi bagi ibubapa yang bekerjaya. Sudah pasti sangat meletihkan apabila sepanjang hari tidak putus-putus mengemas barang permainan anak-anak dari pagi sampai ke malam hari. Orang lain yang bermain, orang lain pula yang mengemas!
Oleh itu, mari cuba teknik-teknik praktikal yang boleh dipraktiskan bagi menggalakkan Si Manja mengemas sendiri barang permainan mereka sesuai dengan usia mereka :

1Berikan Kawasan Jagaan
Kanak-kanak sangat suka memerhati kelakuan orang dewasa dan sesekali meniru aksi orang yang rapat dengan mereka seperti ibubapa dan adik-beradik. Si Manja akan teruja untuk melakukan kerja-kerja orang dewasa kerana pada peringkat umur ini mereka gemar berlagak dewasa. Berikan mereka “kawasan jagaan” supaya mereka rasa dipercayai dan dihormati. 

“Adik, tempat mainan ini kawasan adik. Mama jaga dapur ye. Jangan bagi sepah kawasan adik tau”.

Mereka pasti komited dan bersemangat untuk menjaga kawasan mereka supaya lebih bersih daripada kawasan orang lain.

2Berikan Penerangan dan Panduan yang Betul
Sebelum memberikan arahan mahupun hukuman, pastikan Si Manja terlebih dahulu diajar bagaimana cara mengemas yang betul. Jika mahu mereka memasukkan sampah ke dalam tong sampah, pastikan mereka tahu di mana kedudukan tong sampah dan bagaimana kaedah memasukkan sampah ke dalam tong sampah dengan betul. Ulang beberapa kali, nescaya mereka boleh mahir dengan sendirinya. Jangan terkejut jika Si Manja yang baru berumur 2 tahun pun boleh melakukannya. “Practise make perfect!”

3Buat Bersama-Sama
Jika ibubapa terlalu kerap menyuruh anak-anak untuk mengemas, lama kelamaan mereka akan merajuk atau buat endah tidak endah. “Asyik-asyik abang je kemas”. Mengemas sangat meletihkan tetapi ia boleh menjadi aktiviti untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Mood boleh berubah apabila Si Mama mengajak Si Manja untuk mengemas bersama-sama. “Jom kita kemas sama-sama. Siapa siap dulu dia dapat 5 bintang”.

4Mengemas Sambil Bermain

Siapa kata ketika mengemas tidak boleh bermain. Sambil mengemas boleh menyanyi lagu Barney , “Clean up, clean up, everybody, everywhere. Clean up, clean up, everybody do your share”. Sambil mengutip mainan boleh juga mengajar mengira 1, 2, 3. Sambil mengutip mainan boleh juga menguji warna dan bentuk pada Si Manja. Mengemas bukan lagi memenatkan tapi boleh menghiburkan.

5Ganjaran dan Motivasi
Jangan kedekut atau bertangguh untuk mengucaplah terima kasih atas kerjasama mereka. Pujilah Si Manja anda apabila mereka berjaya melakukan tugas-tugas mereka dengan baik. Sekali-sekala suntiklah motivasi kepada anak-anak dengan memberikan ganjaran yang bukan berbentuk wang seperti buku, permainan lego, makanan kesukaan atau mungkin tayangan cerita Upin Ipin kegemaran Si Manja.
Mengajak Si Manja untuk turut serta dalam kerja-kerja mengemas rumah membawa banyak manafaat. 

Selain daripada memberi pendedahan awal tentang tugas-tugas berkaitan kebersihan di kediaman, ia menjadikan mereka berdisiplin dan memupuk rasa bertanggungjawab. Asuhan seawal usia empat hingga enam tahun boleh dimulakan di rumah.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya !


Powered by Blogger.

Total Pageviews