WANITA vs RAHIM

#AHI
#Mama3hero
#Mykhalish
#Koffeebuku
#Lexeebrand


Malam lewat begini. Anak-anak sudah beradu 😴😴. Yang masih berjaga ibu mereka. Mungkin kerana kekasih hati tiada di sisi. 😭 Si suami melunaskan tangungjawab sebagai seorang anak kepada sang ummi. Pergi menziarahi umminya, πŸš— tanpa kami menemani. Dek kerana kesihatan saya yang masih tidak mengizinkan.


Sengaja mengambil peluang, mengintai-ngintai newsfeed di facebook. πŸ“’ Terbaca seorang ahli Group NR mengomel tentang kebiadapan seorang doktor lelaki muda. Sengaja mahu menimbulkan kontroversi mungkin. πŸ˜’


Doktor muda ini dengan lantangnya mengatakan hal berpantang itu semua tak betul. 😳 Malah mengisytiharkan perang terhadap pantang larang Melayu yang beliau klasifikasikan sebagai MITOS. πŸ˜ͺ


Serta merta, darah bidan yang mengalir dalam tubuh terasa menggelegak 😀. Walaupun dalam keadaan marah 😑, jari ni gatal juga mahu membuka komen-komen pada link tersebut.


Ibarat mencurahkan minyak pada api yang marak menyala. Perasaan marah, tidak puas hati semakin meluap-luap ⚡⚡. Yang jantinanya perempuan pun ramai menyokong kenyataan si doktor. πŸ˜”


Sedih, sepatutnya sebagai si pemilik rahim. Kamu lebih mengetahui cara penjagaan rahim berbanding lelaki. Tetapi, sebaliknya. Kamu pun tidak suka amalan berpantang. 😿


Wahai wanita, rahim kamu itu hanya satu. Tiada dua, mahupun tiga. Jika dibuang, tiada ganti. Bila rosak, terpaksa dibuang. Hati remuk sekalipun, tidak akan wujud istilah penderma organ rahim πŸ’”.


πŸ’ƒπŸ» Apalah erti seorang wanita, jika tubuh hanya sarang menyimpan sebuah rahim yang tenat. Apalah erti seorang wanita, jika rahim terpaksa dibuang kerana sudah terlalu tenat. 😣 


Berpantang itu amalan nenek moyang kita, setelah melalui proses try and error.  Janganlah berbangga pada yang mengatakan berpantang itu tiada 'medical proven'. πŸ’«


Segala ajaran Nabi SAW pun baru sekarang ada bukti saintifik yang menyokong. ✔ Sedangkan Nabi wafat sudah seribu tahun lebih. 😒


Apatah lagi, ilmu perbidanan melayu yang jauh lebih muda πŸ‘ΆπŸΌ berbanding 1001 ajaran yang Rasulullah bawa kepada umatnya. πŸ’†πŸ»


Jangan nanti bila 1001 sakit wanita dikandung badan baru mahu menyesal. πŸ’£

TIPS MENGEMAS DENGAN ANAK KECIL

Sambil tunggu Abang Nabil balik sekolah...KakNor mengemas rumah a.k.a susun atur perabut rumah 
😊😊😊

Salah satu terapi minda...terapi surirumah..terapi untuk WaHM ...terapi isteri2...susun atur perabut rumah...yer tak????? Errrkkkk...tuntuk saya yang jadi surirumah dan bekerja dari rumah ini...ia memang ada kesan kalau tention..samada TIDUR atau SUSUN ATUR PERABUT

Selalu berangan nak rumah yang cantik-cantik....rumah nak kemas selalu....ala-ala rumah moden dan simple jer....


Biasanya KakNor akan di temankan dengan anak bongsu sebab dia tak sihat dan tak pergi sekolah...

Si cilik nih x sihat tapi masih nak tulun Mama kemas...x pe bagi dia peluh2 biar kuar semua panas dalam badan...

Si Manja dan permainan ibarat wanita dan beg tangan. Ia memang tidak boleh dipisahkan

.

Kaknor nak share tip mengemas bersama anak-anak...tips ini juga KakNor ada ambil di blog sesorang...tapi sudah lupa.

Bermain adalah elemen yang sangat penting untuk perkembangan anak-anak. Semakin banyak mereka bermain semakin banyak mereka belajar.


Keadaan rumah yang bersepah boleh menimbulkan tekanan bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi bagi ibubapa yang bekerjaya. Sudah pasti sangat meletihkan apabila sepanjang hari tidak putus-putus mengemas barang permainan anak-anak dari pagi sampai ke malam hari. Orang lain yang bermain, orang lain pula yang mengemas!
Oleh itu, mari cuba teknik-teknik praktikal yang boleh dipraktiskan bagi menggalakkan Si Manja mengemas sendiri barang permainan mereka sesuai dengan usia mereka :

1Berikan Kawasan Jagaan
Kanak-kanak sangat suka memerhati kelakuan orang dewasa dan sesekali meniru aksi orang yang rapat dengan mereka seperti ibubapa dan adik-beradik. Si Manja akan teruja untuk melakukan kerja-kerja orang dewasa kerana pada peringkat umur ini mereka gemar berlagak dewasa. Berikan mereka “kawasan jagaan” supaya mereka rasa dipercayai dan dihormati. 

“Adik, tempat mainan ini kawasan adik. Mama jaga dapur ye. Jangan bagi sepah kawasan adik tau”.

Mereka pasti komited dan bersemangat untuk menjaga kawasan mereka supaya lebih bersih daripada kawasan orang lain.

2Berikan Penerangan dan Panduan yang Betul
Sebelum memberikan arahan mahupun hukuman, pastikan Si Manja terlebih dahulu diajar bagaimana cara mengemas yang betul. Jika mahu mereka memasukkan sampah ke dalam tong sampah, pastikan mereka tahu di mana kedudukan tong sampah dan bagaimana kaedah memasukkan sampah ke dalam tong sampah dengan betul. Ulang beberapa kali, nescaya mereka boleh mahir dengan sendirinya. Jangan terkejut jika Si Manja yang baru berumur 2 tahun pun boleh melakukannya. “Practise make perfect!”

3Buat Bersama-Sama
Jika ibubapa terlalu kerap menyuruh anak-anak untuk mengemas, lama kelamaan mereka akan merajuk atau buat endah tidak endah. “Asyik-asyik abang je kemas”. Mengemas sangat meletihkan tetapi ia boleh menjadi aktiviti untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Mood boleh berubah apabila Si Mama mengajak Si Manja untuk mengemas bersama-sama. “Jom kita kemas sama-sama. Siapa siap dulu dia dapat 5 bintang”.

4Mengemas Sambil Bermain

Siapa kata ketika mengemas tidak boleh bermain. Sambil mengemas boleh menyanyi lagu Barney , “Clean up, clean up, everybody, everywhere. Clean up, clean up, everybody do your share”. Sambil mengutip mainan boleh juga mengajar mengira 1, 2, 3. Sambil mengutip mainan boleh juga menguji warna dan bentuk pada Si Manja. Mengemas bukan lagi memenatkan tapi boleh menghiburkan.

5Ganjaran dan Motivasi
Jangan kedekut atau bertangguh untuk mengucaplah terima kasih atas kerjasama mereka. Pujilah Si Manja anda apabila mereka berjaya melakukan tugas-tugas mereka dengan baik. Sekali-sekala suntiklah motivasi kepada anak-anak dengan memberikan ganjaran yang bukan berbentuk wang seperti buku, permainan lego, makanan kesukaan atau mungkin tayangan cerita Upin Ipin kegemaran Si Manja.
Mengajak Si Manja untuk turut serta dalam kerja-kerja mengemas rumah membawa banyak manafaat. 

Selain daripada memberi pendedahan awal tentang tugas-tugas berkaitan kebersihan di kediaman, ia menjadikan mereka berdisiplin dan memupuk rasa bertanggungjawab. Asuhan seawal usia empat hingga enam tahun boleh dimulakan di rumah.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya !


BAJU MELAYU KANAK-KANAK - Kain Tshirt


Maklumat Detail Produk BAJU MELAYU BUDAK

  •  Baju Melayu Kanak-Kanak daripada kain 100% Cotton
  •  Selesa dipakai oleh anak-anak
  •  Boleh di bawak tidur terus kerana kain nya yang lembut












Untuk menempah Baju Melayu Kanak-kanak ini 

PLAYGROUP BERSAMA EXCEL QHALIF

JOM DAFTAR KELAS BERSAMA EXCEL QHALIF


Tuan puan perlu hubungi kami untuk semak jadual kelas dan isi borang  untuk tujuan pendaftaran. 

Yuran penuh untuk satu (1) modul hanya RM300.00/seorang anak. 
Kelas berlangsung sekali seminggu dan tempoh kelas untuk 1 modul ialah selama 8 minggu bersamaan 2 bulan.

Selain itu, yuran pendaftaran untuk seorang anak hanya RM100 sahaja
Anak anda dibekalkan baju dan alatan bantuan mengajar. 
Anak-anak yang berdaftar juga akan layak perolehi sijil, sambutan majlis konvokesyen beserta  jamuan majlis.

Jumlah  YURAN KESELURUHAN hanyalah RM400.00 untuk SATU MODUL – (Modul Pertama Sahaja)
Modul-modul berikutnya hanya RM300.00. Setiap modul  8 MINGGU atau 8 KELAS

Tuan/puan akan kami hubungi sebaik sahaja borang ini disemak selewatnya dalam tempoh 24 jam. 

Sila periksa emel anda nanti. Prosedur pembayaran juga akan diberitahu kelak.



DESIGN BUNTING/BANNER/NAME CARD

BUNTING 5 X 2 FT



UNTUK TEMPAHAN:

BOLEH HUBUNGI PN NUR 017-9829411

STYLE YOUR NURSING COVER

NURSING COVER LITTLE KHALIS.BIZ

made by mykhalish enterprise



RM45.90

BELIAN BORONG
MIN 1 KODI (20 PCS)

RM20++
(SILA EMAIL lilkhalish@gmail.com)

material dr cotton tshirt lycra lembut
cotton corak halus
tidak panas








STOCK AVAILABLE DISINI




CHECK STOCK AVAILABLE DISINI


PAKEJ CD RM100

PAKEJ POCKET DIAPER ONE SIZE
ONLY RM100 INCLUDE POSTAGE

PAKEJ 1
(sold out)




Pakej 2 , Pakej 3 , Pakej 4 

Pakej 5 , Pakej 6 & Pakej 7

Nota: Mana2 CD yang tiada kami akan replace dengan warna @ corak yang lain tapi brand yang sama.






Pakej 8 , Pakej 9 , Pakej 10 , Pakej 11 & Pakej 12

Nota: Mana2 CD yang tiada kami akan replace dengan warna @ corak yang lain tapi brand yang sama.




Pakej 13 , Pakej 14 

Pakej 15 , Pakej 16 & Pakej 17

Nota: Mana2 CD yang tiada kami akan replace dengan warna @ corak yang lain tapi brand yang sama.



LittleKhalis.blogspot.com

Powered by Blogger.

Total Pageviews