#AHI
#Mama3hero
#Mykhalish
#Koffeebuku
#Lexeebrand
Malam lewat begini. Anak-anak sudah beradu 😴😴. Yang masih berjaga ibu mereka. Mungkin kerana kekasih hati tiada di sisi. 😭 Si suami melunaskan tangungjawab sebagai seorang anak kepada sang ummi. Pergi menziarahi umminya, 🚗 tanpa kami menemani. Dek kerana kesihatan saya yang masih tidak mengizinkan.
Sengaja mengambil peluang, mengintai-ngintai newsfeed di facebook. 📒 Terbaca seorang ahli Group NR mengomel tentang kebiadapan seorang doktor lelaki muda. Sengaja mahu menimbulkan kontroversi mungkin. 😒
Doktor muda ini dengan lantangnya mengatakan hal berpantang itu semua tak betul. 😳 Malah mengisytiharkan perang terhadap pantang larang Melayu yang beliau klasifikasikan sebagai MITOS. 😪
Serta merta, darah bidan yang mengalir dalam tubuh terasa menggelegak 😤. Walaupun dalam keadaan marah 😡, jari ni gatal juga mahu membuka komen-komen pada link tersebut.
Ibarat mencurahkan minyak pada api yang marak menyala. Perasaan marah, tidak puas hati semakin meluap-luap ⚡⚡. Yang jantinanya perempuan pun ramai menyokong kenyataan si doktor. 😔
Sedih, sepatutnya sebagai si pemilik rahim. Kamu lebih mengetahui cara penjagaan rahim berbanding lelaki. Tetapi, sebaliknya. Kamu pun tidak suka amalan berpantang. 😿
Wahai wanita, rahim kamu itu hanya satu. Tiada dua, mahupun tiga. Jika dibuang, tiada ganti. Bila rosak, terpaksa dibuang. Hati remuk sekalipun, tidak akan wujud istilah penderma organ rahim 💔.
💃🏻 Apalah erti seorang wanita, jika tubuh hanya sarang menyimpan sebuah rahim yang tenat. Apalah erti seorang wanita, jika rahim terpaksa dibuang kerana sudah terlalu tenat. 😣
Berpantang itu amalan nenek moyang kita, setelah melalui proses try and error. Janganlah berbangga pada yang mengatakan berpantang itu tiada 'medical proven'. 💫
Segala ajaran Nabi SAW pun baru sekarang ada bukti saintifik yang menyokong. ✔ Sedangkan Nabi wafat sudah seribu tahun lebih. 😢
Apatah lagi, ilmu perbidanan melayu yang jauh lebih muda 👶🏼 berbanding 1001 ajaran yang Rasulullah bawa kepada umatnya. 💆🏻
Jangan nanti bila 1001 sakit wanita dikandung badan baru mahu menyesal. 💣